Pages

Wednesday, April 20, 2011

(INTEREST) Akaun Emel Peribadi Setiap Rakyat?

Sekali lagi, setiap rakyat akan dapat akaun emel peribadi, so called emel 1Malaysia?


Hmm..entahla nak kata macam mana..tapi secara peribadi, aku berpandangan dengan nilai projek sebesar RM50 juta itu mungkin boleh disalurkan untuk tujuan pembangunan negara dalam sektor yang lain..lagi pun, boleh dikatakan hampir setiap rakyat Malaysia yang mempunyai access kepada penggunaan internet atau berkecimpung secara langsung mahu pun tidak langsung dengan perkara berkaitan IT telah mempunyai email peribadi masing-masing..(put aside golongan rakyat yang sememangnya langsung tidak menggunakan internet..bagi kumpulan ini, kalau diberikan emel peribadi nanti pun, tidak mendatangkan sebarang perubahan)..


~my 2 cents




Tuesday, April 19, 2011

(HEALTH) Obesiti di Kalangan Kanak-kanak

Kerajaan telah membuat polisi baru supaya setiap guru merekodkan Body Mass Index (BMI) murid-murid sekolah dalam Report card untuk memastikan berat badan pelajar sentiasa dalam keadaan ideal dan mencegah daripada keadaan obesiti yang semakin menular di kalangan pelajar di negara ini...



Soalnya, apakah tugas guru-guru untuk menjaga berat badan pelajar?  Yang lebih ideal adalah ibu bapa mengambil peranan yang lebih besar dalam memastikan berat badan anak-anak dalam keadaan terbaik..memang tidak dinafikan faktor pemakanan hari ini yang menyebabkan obesiti ini semakin berleluasa..kita sebagai yang dewasa ni pun selalu tewas dek nafsu nak makan yang sedap2 saja..for instance, sekarang ni banyak sangat fast food di luar ie KFC, McD, Burger King, Pizza Hut, A&W etc..just to name a few...banyak lagi actually..



Selain itu, tinjauan rambang juga mendapati dari segi pemakanan yang biasa seperti nasi lemak, roti canai dan sebagainya, tiada bezanya antara dulu dan sekarang..cuma bezanya adalah dari segi bagaimana makanan tersebut diproses..for instance, beberapa situasi seperti di bawah:

1. Dulu:
Lepas makan nasi lemak, berjalan kaki atau kayuh basikal ke sekolah

Sekarang:
Lepas makan nasi lemak, naik bas atau van atau bapak hantar pegi sekolah

2. Dulu:
Petang2 main bola di padang dengan kawan2

Sekarang:
Tak kira masa, main bola, lumba kereta, games2 lain di PSP or PS3..exercise jari je..nak main kt luar mak tak bagi dengan alasan kt luar sana banyak org jahat sekarang ni, takut nanti kena culik


So lepas ni, moh la kita sama-sama cuba ubah gaya hidup kita sendiri sebagai parents dan memberi perhatian terhadap pemakanan dan corak hidup anak2 kita supaya tidak menyumbang kepada statistik obesiti di negara ini



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...