Aku memang jenis yang tak makan pagi..actually kadang-kadang aku makan, kadang off..pengalaman perut berbunyi lagu keroncong dan sebagainya bukanlah perkara yang asing bagi aku..tapi entah macam mana, pagi Isnin baru ni, dalam pukul 11.00 pagi, tiba2 aku diserang rasa sakit yang amat sangat kat bahagian bawah perut ni..rasa nak muntah x muntah..nak buang air besar pn on off tp xnak keluar pn..last2 bluekkk...sorang2 aku menunduk sambil belasah bakul sampah kt dlm bilik ofis aku dengan muntah segala apa yang aku makan pagi tadi, actually segelas nescafe je pun..mujurla ada bakul sampah tu..kalu x abis la karpet dalam bilik ni..so dalam keadaaan menahan sakit kt bawah perut and sedikit berbongkok, aku g jumpa immediate bos aku mintak nk time off jap g klinik check..he let me go with this simple advice.."u can drive like this? i said can..then he said..take care man.."..simple
So kt bawah ni sedikit maklumat tentang sakit gastrik or seangkatan dengannya..
"Seseorang yang menghidap penyakit gastrik atau dalam istilah perubatan disebut ‘Penyakit Peptik Ulser’, sering mengalami pedih ulu hati. Ia kerap berlaku dalam keadaan perut yang kosong, terutama pada waktu lewat malam atau awal pagi. Kepedihan yang dialami oleh penghidap penyakit peptik ulser ini berbeza, tetapi berada dalam lingkungan sakit sedikit hingga kepada sakit yang teruk berdasarkan tahap penyakit yang dihidapi. Biasanya, apabila rasa pedih ulu hati menyerang, kebanyakan pesakit akan segera makan atau meminum sesuatu seperti susu atau makanan lain untuk melegakan kepedihan ini. Sebenarnya, muntah juga membantu untuk melegakan rasa kepedihan.
digestive system |
Selain pedih ulu hati, kadangkala pesakit gastrik berasa sebu pada bahagian atas perut. Mereka juga sering mengalami jeluak dan sedawa. Ada juga kes yang dikategorikan sebagai teruk, pesakit akan buang air besar cair.
Penyakit peptik ulser adalah sekumpulan penyakit yang disebabkan oleh asid di dalam sistem penghadaman perut. Ia merangkumi penyakit ‘Duodenal ulser’, ‘Gastric ulser’ dan ‘Refluks Oesophagitis’. Ia berpunca daripada asid yang merosakkan dinding perut. Sebahagian daripada pesakit gastrik ini mempunyai kuman ‘Helicobacter pylori’ dalam perut mereka, yang bertindak melemahkan ketahanan dinding perut daripada ancaman asid.
endoscope |
peptic ulcers |
Komplikasi yang mungkin berlaku kepada pesakit peptik ulser atau gastrik termasuklah pendarahan, kebocoran dinding perut dan stenosis iaitu perut sumbat. Semua komplikasi ini dikategorikan sebagai teruk dan boleh mengancam nyawa.
Sekiranya seseorang itu mempunyai tanda penyakit gastrik adalah baik bagi mereka mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan doktor".
credit to Dr Jamaludin Yusak, Pakar Bedah Am Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC)
No comments:
Post a Comment